Tuesday 1 November 2016

Kecantikan secara amali

Hi, hi, and hiii...

okay hari ni aku nak meraban cerita pasal beautyness pula okay? jadi perempuan-perempuan semalaya sekarang ni semua nak lawa nak muka peloles hengko, masing-masing beli product itu ini konon nak bagi glowing pesemua hm...buang duit buang tenaga

For yr information, korang tahu tak yang kalau korang pakai terlampau banyak product kulit muka korang boleh menipis sebab bahan kimia yang diorang guna tu, tak kira lah kimia dia sikit ke banyak. Apa-apa jenis produk memang boleh menipiskan kulit muka hengkorang dan menyebabkan pigmentasi, iritasi, dan sebagainya. Lagi teruk kalau muka ttbe pedih lepastu macam naik ruam dan gatal fuhh!!! aku pernah kena beb, seksa gila. Nak cuci muka pun pikir dua tiga kali sebab memang pedih gila.

Masatu aku memang tak boleh pakai apa kat muka, calit fondation sikit pun rasa macam tengah bunuh diri sendiri je. Dari situ lah aku tobat taknak pakai produk banyak-banyak dan juga atas nasihat hemak aku yang semamangnya pakar dalam soal kecantikan ni hehehe ...

Banyak benda korang boleh guna sebenarnya untuk cantikkan muka ni selain pi beli barang kecantikan dekat cho kit, ke pasaraya. Sebab kadang ada produk yang tak ori, memang nampak packaging sama tapi sebenarnya produk lain. Itu yang muka rosak, sebab ini lah korang kena pastikan dia ada nombor siri ke pe tah dengan sticker kilat-kilat tu (some product ada) 

Contohnya cara amali tu, ha jadi pe...kadang ada yang bagi alasan "oh muka I sensitf jadi tak boleh amali ni" eleh ngarut! padahal malas kan? Nak gi blend, gi buat sendiri. Yelah semua nak yang instant ready to use huh! 

Macam sapu putih telur dekat muka tu. Mula-mula engkorang asingkan putih telur dengan kuning lepastu kacau putih telur tu sampai berbuih sikit dan sapu dekat muka. Tunggu lah 30minit lepastu baru cuci, aku berani bet lepas korang cuci muka korang rasa segar dan tegang je...macam pergi spa pun ada tau ;)

Kalau nak hilangkan blackhead ke whitehead dekat muka pun boleh, kau tak payah susah buang 5ringgit lebih pergi beauty care nak beli peel-off mask tu...Sebab kadang-kadang tak berguna pun (ini atas pengalaman sendiri ye) 

Korang pergi ambil putih telur tadi tu tapi kali ni jangan tempek terus kat muka, korang gi ambil tisu lepastu tisu kan dia ada dua lapisan. Haa, korang pisahkan dua lapisan so tisu tu akan jadi nipis tau, then korang carik-carik dia. Letak tisu tu kat muka satu-satu sambil sapu telur atas tisu tu bagi dia melekat ke muka. Serius it's really works! korang kena tunggu sampai dia betul-betul kering baru tarik, tapi masa nak tarik tu susah sikit pedih ah gak...sebab dia melekat kuat, tapi takdelah sampai merosakkan muka, aku sure lepastu ramai orang puji muka engkau yang berpasir tu licin bak lantai tempat Ice skate tu...Ha, ini je lah buat masa ni. Lain kali aku share benda lain pula

Monday 31 October 2016

Salam Perkenalan Semua!!!

Assalamualaikum...

Hi, nama saya uhuk uhuk. malas nak bagitahu nama nanti ttbe famous pula kan, hehehe...buat masa ni biarlah saya jadi anonymous dahulu yer? Bila dah bersedia barulah kita introduce diri kita ni sebagai gadis tercantik semalaya! 
 
Oraite nak borak apa ya? memandangkan it is my first post in this blog so saya cuma akan merapu-meraban je lah ya buat masa ni, no time for serius matters...

What is the purpose i am writting this wasting my times, ini adalah kerana saya tiada kerja dan kalau saya tidur lagilah membzair masa yang emas ini kan? jadi baik saya merapu dekat sini buat engkorang semua geli dan meluat baca entri ni, tapi aku kisah apa. lantak engkorang lah. HAHAHAHAHAAHAHA!

Jadi harini aku publish ni cuma untuk sesaja menganggu kehidupan engkorang dan membantutkan niat korang yang memang dah bantut untuk stalk apa-apa blog yang best...Sebab cerita aku ni memang best dari blog lain yang korang nak singgah, ye dok? Hee, takdelha gurau gurau...Kang tak pepasal aku dikecam kerana meraban camni. 

In sha Allah, kalau aku rajin aku akan share dan publish dekat engkorang pasal macam-macam benda contohnya D.I.Y, aku sure gila mesti para gadis-gadis minat nak do it yrself ni lagi-lagi kalau bab untuk diri sendiri kan, haa gitu? Aku ni memang kreatif sebenarnya (muntah hijau) haa, cuma malas je...kadang tu takut membe puji banyak sangat sampai tak mampu nak dengar dah oleh kerana kekreatifan aku ni...

Atau mungkin aku akan publish cerita, ha macam kat wattpad tu. sebab aku ni rajin menulis sebenarnya, tulis cerita lah kalau tulis kerja sekolah tu hm...sila meninggal

aku suka buat novel banyak gila idea, tapi semua cerita aku cuma half je tak pernah habis pun...HOHOHO, sebab aku malas. Haa, nampak tak tahap kemalasaan aku? Perkara ini sepatutnya dibanggakan tahu? 

Kalaulah kemalasaan itu satu kebanggaan kan, aku sure aku dah masuk World Record sebagai manusia paling malas...Heh, apalah aku meraban ni kan.

Okay sampai sini je lah, lepasni aku shareing careing lagi ngan korang ek? Bye, mwah mwah!